Monday 4 February 2013

Dhiya 'Taruhan' Dominasi Lelaki..!


Salam ceria & salam sayang buat pembaca yang dikasihi, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi nafas untuk menghirup udara segar & menjalani kehidupan ini. Tambahan lagi, pihak admin ( Dominasi Lelaki ) sangat bersyukur kerana tahun sudah masuk setahun 2 bulan DOMINASI LELAKI ‘dilahirkan’ di alam maya ini. Pada tahun sebelum ini, banyak moment & kenangan terindah yang terukir seperti menjadi jemputan kepada majlis yang dianjurkan oleh penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza, Simplysiti dan beberapa lagi peristiwa istimewa yang dirakamkan.

Begitu juga dengan tahun ini, permulaan tahun ini kiranya menyambung legasi tuah kepada DOMINASI LELAKI apabila pihak kami telah menjalinkan hubungan bersama radio online yang kian meningkat naik & mempunyai pengikutnya tersendiri, Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza menerusi slot Carta CTNUR11 mengira 20 lagu terbaik Siti Nurhaliza menerusi undian orang ramai. Disini, pihak DOMINASI LELAKI ingin mengumumkan ‘kelahiran’ DUTA DOMINASI LELAKI bagi tahun 2013, seorang finalis Pencarian Hero Remaja 2012, Mohammed Dhiyauddin Bin Mohamad Ariffin atau dikenali sebagai Dhiya yang berasal dari Pahang. Baru-baru ini, bagi mengisi slot pengenalan kepada ‘aset’ terbaru DOMINASI LELAKI ini, pihak kami telah melayangkan beberapa soalan kepada pihak Dhiya.


1.       Siapakah Dhiya sebelum menjadi sebahagian dari finalis Hero Remaja 2012, boleh cerita sedikit mengenai penglibatan awal anda dalam HERO REMAJA 2012.

Dhiya merupakan seorang pelajar,guru tuition serta sudah mula berjinak-jinak dengan industri hiburan sebagai pelakon commercial dan extra-extra je la hehe..

2.      Apakah cabaran & kenangan yang masih diingati tatkala menyertai HERO REMAJA 2012..?

Mestilah cabaran yang Dhiya menang menjadi kenangan,sebagai contoh cabaran photoshoot silat,malam persembahan dan bekerjasama bersama rakan hero yang lain memberikan pengalaman yang berharga buat dhiya J

3.      Selepas tamat HERO REMAJA 2012, apakah perancangan anda..?

Dhiya sedang melanjutkan pelajaran di Unikl di dalam bidang engineering network di samping itu Dhiya tetap mengisi masa dengan menguruskan company Dhiya. Dhiya ada agency untuk supply2 talent untuk projek2 tvc dan juga video coporate. Mana yang dhiya boleh belakon sendiri dhiya buat je siapa tak nak duit kan hehe..

4.      Apakah perkembangan terbaru Dhiya pada masa kini..?

Dhiya ada berlakon untuk tvc seperti digi,jack and jill,shieldtox etc.. dan juga video coporate serta bekerja bersama Playhouse Production sebagai asst location manager untuk projek filem mereka bersama astro shaw bertajuk ‘Bikin Filem’.

5.      Siapakah Dhiya dalam 5-10 tahun akan datang..?

In sha Allah merupakan seorang bapa haha :P , xdelah . 5-10 tahun akan datang Dhiya ingin menjadi usahawan muda yang mampu membantu diri sendiri untuk berjaya menjadi sumber insiprasi kepada masyarakat J

6.      Jika anda tidak menyertai HERO REMAJA & terjun dalam bidang ini, siapakah Dhiya sekarang..?

Dhiya akan menjadi seorang guru tuition yang suka makan choki-choki :P

7.      Siapakah yang menjadi sumber inspirasi untuk anda berjaya..?

Brad Pitt! Weewit, tentulah Allahyarham P.Ramlee, beliau merupakan seorang artis yang sangat dhiya kagumi! Serba boleh tu!

8.      Jika dilihat, kini anda sudah memiliki kelompok pengikut/peminat. Tidakkah anda terfikir untuk menubuhkan kelab peminat anda & menjalankan pertemuan bersama mereka..?


Alhamdulillah, in sha Allah kalau ada peluang apa salahnya kan.Best tu dapat meluangkan masa dan melakukan aktiviti ramai2 dapatlah kita eratkan silaraturahim ye tak? Hehe J

9.      Kita sedia maklum bahawa dunia seni bukanlah mudah yang disangka, bersediakah anda menempuhinya..? apakah persediaan dari diri anda..?

Saya bersedia! Hidup di dalam dunia ni memang kita tidak akan lari dari di datangi masalah dan halangan untuk kita berjaya, oleh itu in sha allah Dhiya akan selalu bangkit dan cuba lagi! Macam malique kata ‘Jadi lelaki dan Cuba lagi..’

10.   Komersial/majalah  yang pernah anda bintangi..?

Kalau majalah tentulah Remaja!, Media hiburan,i-remaja,yezz,mangga,1suara

Komersial yang pernah Dhiya buat adalah Suzuki,Maggi,Milo, Jack and Jill, Shieldtox,Sempurna,Levis, Microsoft dan lain lain lagi J


11.    Bagi takrif DOMINASI LELAKI dari perspekstif diri anda.. Terima kasih

Seorang insan yang mempunyai tangungjawab yang harus dipikul agar dapat mencorakkan lukisan kehidupan diri sendiri di samping dapat berjasa untuk agama,bangsa dan negara J

DOMINASI LELAKI : Terima Kasih diucapakan kepada Dhiya atas kesudian menjawab beberapa soalan yang dilampirkan. DL doakan semoga Dhiya akan terus berjaya pada masa akan datang..!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...