Sunday 10 March 2013

GOLONGAN PERTAMA DIHISAB PADA HARI KIAMAT..??



Kolum Kerohanian sudah lama tidak dikemaskini dengan artikel dan entry, hari ini ibarat Dominasi Lelaki ‘terpanggil’ untuk mengemaskini segmen tersebut. Pagi hari ini admin ada terbaca sebuah buku yang penuh dengan pengajaran yang sangat bermakna, secara tidak langsung terdetik untuk membuat sesuatu yang boleh dikongsi kepada para pembaca sekalian. GOLONGAN PERTAMA DIHISAB PADA HARI KIAMAT..?? tanpa berceloteh dengan lebih panjang, ayuh kita baca sedikit sebanyak mengenai artikel ini.

Mengikut nulikan pada buku yang dibaca tersebut, pada hari kita dihisab nanti, semua manusia akan beratur panjang ( iaitu jumlah manusia yang pernah hidup di dunia ). Siapakah umat pertama yang akan dihisab ataupun generasi pertama  yang bakal dihisab..? apakah mereka mendapa giliran mengikut kematian atau mengikut nilai amal kebaikan yang dimilki oleh manusia..?

Sesungguhnya Allah menetapkan kriteria pada manusia terawal dihisab. Jadual hisab bukan bergantung pada siapa yang mati terlebih dahulu ataupun siapa yang mempunyai amal kebaikan yang banyak, akan tetapi manusia pertama yang dihisab oleh Allah adalah pengikut Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad juga ada menceritakan keadaan tersebut pada hadisnya “ kita adalah umat terakhir di dunia, tetapi paling dahulu dihisab pada hari kiamat, walaupun seluruh umat terlebih dahulu menerima kitab Allah dan kita mendapatkannya selepas mereka. Kemudian, hari ini iaitu hari Jumaat, Allah menampakkannya kepada kita. Allah menunjukkan kepada kita bagi melihatnya dan umat lain mengikut kita. Hari raya Yahudi adalah esok iaitu sabtu, manakala Nasrani adalah lusa iaitu Ahad “. Hadis ini direkodkan oleh Muslim.

Nantikan sambungan artikel ini pada artikel akan datang. Selamat membaca dan berkongsi. Semoga hidup kita dirahmati Allah.

Sumber : olahan dari Terpelanting Dari Siratulmustakim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...