Saturday 9 March 2013

ANDROPAUS 'menyerang' LELAKI



ANDROPAUS..?? tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan ANDROPAUS..? masalah ANDROPAUS ini juga boleh dikenali sebagai sindrom kekurangan hormon testosterone atau deficiency syndrome ( TDS ). Ianya agak berbeza daripada masalah yang dihadapi oleh kaum wanita iaitu menopaus. Secara normalnya, lelaki biasanya mempunyai sikap ghairah kepada wanita. Jadi mereka biasanya cenderung untuk menggambarkan keindahan yang ada pada seorang wanita.

Walaupun gejala ini tidak berlaku kepada semua orang, akan tetapi sedikit sebanyak akan menyukarkan kitar hidup seharian kita dan hubungan bersama keluarga. Secara umum, gaya hidup yang tidak sihat, tekanan yang terlalu tinggi serta masalah dengan pemakanan memudahkan lagi seseorang lelaki tersebut menghidapi andropaus ni dengan lebih cepat.

Antara-antara gejala yang sering dialami adalah :

·        Mengalami masalah pada ketegangan zakar
·        Mudah letih
·        Nafsu seks rendah
·        Bulu pada tubuh berkurang
·        Kekuatan otot berkurang
·        Berpeluh pada waktu malam
·        Mengalami kegemukan
·        Daya ingatan menurun
·        Kadar ereks terganggu

Olahan sumber : MASKULIN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...