Saturday 13 April 2013

Food Institute of Malaysia dan Trip to Singapore bersama Dhiya...!!



Sudah lama jemari admin tidak melayangkan kunjungan bisikan hati kepada para pembaca sekalian dek kesibukan jadual yang dipenuhi dengan waktu pembelajaran yang amatlah padat. Maaf dipinta. Kini, dengan kelapangan masa yang cukup sekadar menitip keserian hari ini, pihak admin ingin berkongsi dengan anda semua keceriaan dan kegembiraan yang dialami oleh saya sendiri apabila cetusan dan pertemuan yang dirancang berjalan dengan lancar sekali. Tak lain tak bukan bersama ‘buah hati’ DOMINASI LELAKI sendiri iaitu DHIYA iaitu bekas finalis HERO REMAJA 2012. Tambahan lagi, seorang peminat Dhiya iaitu Andra turut sertai kami disini. Terima kasih.

Pada tanggal 11 April 2013 menjadi saksi pertemuan 4 mata antara penulis alam maya ini bersama Dhiya, sedikit gementar kerana pertemuan ini dibuat pada tarikh yang sama majlis yang diketuai oleh saya sendiri dan teman, Nuaim iaitu selaku MOD ( Manager of the Day ) – tugasan yang diberikan oleh Food Institute of Malaysia pada semester 3 ini sebagai pelengkap memenuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan iaitu menjadi ‘pemimpin’ bagi sebuah ‘restoren’ . Tahniah juga kepada Faiz dan Aini atas pemilihan makanan yang sungguh enak.



menu pada hari tersebut 

Bertemakan CITRUS dan mendapat tugasan buffet pada hari berkenaan, walaupun ada sedikit kekeliruan dan masalah pada saat akhir, semuanya dapat berjalan dengan lancar dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dhiya selaku VIP bagi majlis ini dijemput atas tiket wakil blog kelolaan saya, Dominasi Lelaki. Secara tidak langsung juga itu antara majlis yang dihadiri Dhiya pada bulan ni.

Event kedua yang bakal disertai oleh finalis Hero Remaja 2012 ini adalah TRIP TO SINGAPORE bersama HERO REMAJA 2012...! haaaaaa, kepada sesiapa yang berminat teruatama peminat setia HERO REMAJA dan Dhiya, bolehla menyertai trip ini dan anda juga boleh bersama Dhiya dan hero-hero lain ke Singapura..! waaaahh, menarik bukan..! jadi, jangan tunggu lagi, dftarlah dengan kadar segera untuk bersama mereka ke Singapura dengan kadar harga yang sangat berpatutan.



DOMINASI LELAKI : terima kasih kepada Dhiya atas sokongan yang tidak berbelah bagi, semoga persahabatan dan kerjasama yang terjalin antara kita berkekalan dan diredhai Allah. Semoga Dhiya terus berjaya dalam apa jua bidang yang Dhiya terajui. Terima kasih juga kepada pengurusan Food Institute of Malaysia, tenaga pengajar ( chef dan pensyarah ) teman2 seperjuangan bahagian dapur dan servis atas sokongan yang padu. Tidak lupa juga kepada mereka yang menjayakan kelas terakhir bagi Intake Januari 2013 tersebut.

4 comments:

  1. Replies
    1. ohh yeke..? Dhiya pun sangat berpuas hati, jika berminat utk ke Singapura bersama Hero Remaja, jangan lepaskan peluang ya..

      Delete
  2. coolnyer assignment~
    congrratz...
    I think you enjoyed a lot... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah. memang cool..! terima kasih kepada kolej FIM.. sngt enjoy :).

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...