Wednesday 8 May 2013

Sedapnya PAVLOVA..!



PAVLOVA..? mesti kita terbayangkan sesuatu yang indah dan sedap kan? YA, sudah tentu sangat sedap bagi mereka yang sangat menggemarinya. Tahukah anda dari manakah wujudnya PAVLOVA yang semakin diminati oleh penduduk di Malaysia ini..? hari ini, DOMINASI LELAKI ingin berkongsi dengan anda semua yang mungkin ada diantaranya peminat tegar kepada pencuci mulut yang enak ini.

PAVLOVA diambil sempena nama seorang penari balet yang terkenal dar Rusia, Anna Pavlova dan ianya dicipta di Wellington, New Zealand buat julung kalinya bagi menghormati kepada penari balet kebangsaan tersebut. Menerusi buku biografi Anna Pavlova, jelas menerangkan manisan yang enak ini disediakan ketika Anna Pavlova mengunjungi tempat tersebut pada tahun 1926. Walaupun penciptaanya semakin meluas di dunia, akan tetapi ramai yang tidak pedulikan asal usul PAVLOVA tersebut.


Tahukah anda, di New Zealand, manisan tersebut sangatlah digemari dan istimewa. Tambahan lagi, ketika ulangtahun  Museum National Wellington pada Februari 1999, apabila PAVLOVA bersaiz gergasi berjaya dihasilkan. Akan tetapi rekod tersebut dipecahkan pada 2005 dengan saiz 64 meter panjang. ( olahan kembali dari SEDAP )

DOMINASI LELAKI : wahhhh, tak sangka, pihak kami pun baru mengetahui sejarah dan asal usul PAVLOVA ini. Biasanya sebelum ini, suka makan je J

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...