Sunday 26 May 2013

Keith Foo dan Saiful Razman Pilihan MASKULIN dan GLAM Lelaki Jun 2013


Tampil 2 jejaka hot masa kini, tidak hairanlah ianya menjadi tunjang utama dua majalah ini sangat diminati ditambah pula dengan setiap helaiannya memaparkan isu dan info yang sangat bertepatan dengan citarasa lelaki masa kini. Keunggulan Keith Foo dan artis seni visual terkenal, Saiful Razman sebagai jejaka sampul bagi isu Jun 2013 ini..! penuh bergaya, style dan berkarisma..! itulah bait-bait yang sesuai digambarkan oleh DL sendiri tatkala mendapat layangan hamparan muka depan majalah lelaki terulung di Malaysia, Maskulin dan GLAM Lelaki ini.


Bersesuaian dengan tema SELAMAT HARI BAPA pada bulan Jun ini, MASKULIN memaparkan beberapa isu dan lampiran yang menarik serta dihamparkan juga beberapa isu yang juga boleh menjadi daya tarikan pembaca seperti SEKS SAAT BERCUTI, KETAHUI 8 PUNCA KEROSAKAN OTAK dan pelbagai olahan menarik dari pemegang tagline “Takrif Terkini Lelaki Muda” ini.


Berbicara mengenai GLAM Lelaki yang semakin hari semakin menambat hai pembacanhya, isu kali ini pula menceritakan sisi lain seorang artis visual yang ‘cinta’ dengan hasil karyanya. Ketahui 10 artis komik terkemuka dunia dan pelbagai suntikan element segar dalam GLAM Lelaki bulan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...