Selepas cemerlang dan mendapat liputan
yang menyeluruh prihal kejayaan pada konsert Siti Nurhaliza In Symphony sekitar
Julai lalu, kini penyanyi yang sangat terkenal dengan lagu CINDAI ini, Dato’
Siti Nurhaliza sekali lagi bakal menggegarkan sebuah lagi pentas bertaraf
dunia, Istana Budaya pada September ini dengan 100% alunan dan lenggok irama Malaysia
yang bakal dipertaruhkan oleh beliau.
Konsert yang diberi judul Konsert
Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza ini adalah sebuah konsert yang digarap 100%
diiringi Orkestra Tradisional Malaysia iaitu OTM. Lentera Timur membawa maksud
yang mendalam dengan definisi indah cahaya ketimuran diharapkan dapat digarap
dengan sempurna apabila pelbagai instrument dialun dan digabung menjadi satu
melodi yang indah, antaranya gambus, sape, sauna, sitar dan sebagainya.
Garapan ini bakal menjadikan konsert
ini lebih hebat ditambah gabungan Siti Nurhaliza yang kita sedia maklum
memiliki kawalan vokal yang terbaik dan gubahan instrumen oleh OTM sendiri. Konsert
yang berdurasi selama 2 jam ini bakal menampilkan Siti Nurhaliza membawa
pelbagai lagu tradisional seperti joget, zapin, asli, masri dan banyak lagi.
Walaupun
mencabar, akan tetapi dengan kekuatan Siti sendiri yang berjaya membawakan
elemen dan genre tradisional dengan baik member kelebihan buat beliau. Beliau juga
pernah merakamkan pelbbagai album solo yang mempertaruhkan irama tradisional
sebagai genre album seperti Cindai, Sahmura, Sanggar Mustika, Lentera Timur dan
beberapa kompilasi album seperti Klasik dan album duet bersama Noraniza Idris
iaitu Seri Balas.
Tiket telah dijual sekarang bermula
dengan harga RM78 sehingga RM518
DOMINASI LELAKI : jika berkesempatan,
pihak DL juga ingin luangkan masa untuk ke konsert ini kerana sudah lama DL
menantikan dan sudah tentu peminat beliau juga menantikan konsert tradisional
dari SITI NURHALIZA ini. Jumpa anda disana
No comments:
Post a Comment