Lambakan haruman dari selebriti
antarabangsa bukanlah sesuatu yang pelik dan hairan kerana dengan adanya
koleksi sebegini dapat merapatkan dan member sentuhan ilham kepada peminat
selebriti dunia sebagai contoh haruman dari koleksi Britney Spears, Beyonce,
Lady Gaga, Justin Bieber, Usher dan ramai lagi mengeluarkan haruman dibawah
label nama sendiri. Nah, hari ini DL ingin berkongsi salah satu haruman yang
unik kepada jejaka diluar sana.
Dengan mempertaruhkan elemen muzik
dalam sentuhan haruman pertama miliknya, ID dikatakan sangat menarik dan
istimewa buatnya. Bukan sahaja simple tetapi bentuknya yang diilhamkan dari
mikrofon dengan penutup jaringan perak yang mewah menampakkannya lagi unggul.
Bereksperimen dan garapan sempurna
nota-nota seperti seri pagi, limau mandarin, serai bagi top note serta
diserikan dengan sentuhan middle note buah markisa, sedikit sandalwood,
cedarwood menjadikannya sempurna.
DOMINASI LELAKI : haruman ini sangat
sesuai dipakai pada siang dan juga malam, kepada jejaka yang mahu mencari
haruman, apa kata cuba di kaunter haruman ID dari Adam Levine ini. Selamat Mencuba..!
No comments:
Post a Comment