Tuesday 27 May 2014

NAZIM SALLEH Ingin Terjun Bidang Lakonan

Kredit : Khairil Kyle Photoghraphy. Untuk melihat hasil sentuhan gambar yang menarik, ayuh ke Khairil Kyle Photography ini. 

Dalam setiap dalam diri kita semua perlulah ada target dan matlamat yang jelas untuk mencipta kejayaan, begitulah jua dengan jejaka yang sempat DL temubual beberapa hari lepas untuk kolum Oh Lelaki..!! ini, jejaka yang berasal daripada Johor ini dikhabarkan pernah menyertai pertandingan Mister Planet Malaysia 2015 akan tetapi nasib tidak menyebelahinya, beliau terpilih dalam Top100.

jejaka yang mesra disapa Nazim Salleh ini dalam usaha untuk komersialkan diri dalam industri lakonan, peragaan dan juga nyanyian. Khabarnya, setakat ini beliau banyak tertumpu untuk mendapatkan peluang –peluang berlakon dengan mana-mana production dan pada masa yang sama sedang melatih vokal dalam bidang nyanyian.


Hajat saya lebih kepada bidang lakonan dan seandainya peluang diberikan saya ingin menjadi seorang pelakon. Berkenaan dengan nyanyian dan peragaan, itu sebagai tambahan pada diri saya.”katanya

Mengisi masa lapang dengan bernyanyi dan membaca novel, jejaka yang mempunyai ketinggian 172cm ini mencabar diri lagi untuk tampil pada edisi akan datang Mister Planet Malaysia. Tambah beliau, beliau akan cuba sebaik mungkin dan berharap agar masa depan serta usaha beliau akan membuahkan hasil, In Sya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...