Wednesday 6 August 2014

Pertaruhan Siti Nurhaliza dalam FRAGMEN Berjaya



Figura terkenal Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza kembali memeriahkann industri muzik dengan melahirkan sebuah album berkonsepkan pop pada tahun 2014 yang berjudul ‘FRAGMEN’. Boleh dikatakan, album ini antara album yang dinanti-nantikan oleh jutaan peminat  Siti seluruh negara selepas muncul dengan album pop studio berbahasa Melayu 7 tahun yang lepas iaitu pada 2007 menerusi album Hadiah Daripada Hati.

Sebuah karya yang disifatkan sebagai sangat istimewa dan berlandaskan unsur kasih sayang ini dijangka akan terus memberikan kesan positif dari pelbagai sudut seperti penjualan albumnya juga. Pada majlis Pelancaran FRAGMEN yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, pencapaian album ini sangat memberangsangkan apabila beliau dianugerahkan Anugerah EMAS menerusi album ini apabila FRAGMEN mencatatkan jualan 5000 unit dalam tempoh dua minggu sejak ia memasuki pasaran penghujung Jun yang lalu.
KREDIT : page SNTO
Jika dilihat, percaturan yang dilakukan oleh pihak Siti sendiri dan Universal Music sangat menarik apabila kebanyakan lagu dalam album ini mendapat sentuhan komposer muda dan baru seperti Awi Rafael, Faizal Tahir, Ade Govinda dari Indonesia yang belum pernah lagi berkerjasama bersama Siti selama ini. Selain Aubrey yang sering tampil bersama Siti, kakak iparnya, Rozi Abdul Razak, Ce’ Kem malahan Hairul Anuar Harun juga antara komposer dan penulis lirik yang dipilih mewarnai FRAGMEN ini.

Pada pandangan kami di DL, karya terbaru FRAGMEN ini mungkin bakal menembusi tembok kehebatan album Transkripsi yang dikatakan antara album terbaik Siti Nurhaliza sepanjang zaman. Walaupun hanya memiliki 9 buah lagu berbanding Transkripsi pada 2006 dahulu yang menampilkan lebih 10 buah lagu, kekuatan pada setiap trek dalam FRAGMEN sangat berlainan dan mempunyai olahan dan karisma yang tersendiri. 
KREDIT : page SNTO
Kami sempat mendapatkan album ini untuk mendengar kesemua 9 buah lagu dalam album FRAGMEN, sangat berkualiti dan sedikit berbeza sentuhan dengan karya pada awal kemunculan beliau dan sentiasa positif dengan karya yang diberikan dan diilhamkan buat Siti Nurhaliza. Selain lagu Lebih Indah dan Jaga Dia Untukku yang menjadi single dalam album ini, lagu lain yang terkandung adalah AKU, Mula & Akhir, Kau Sangat Bererti, Sanubari, Terbaik Bagimu, Warna Dunia, Membunuh Benci . FRAGMEN boleh didapati dipasaran dengan harga RM36.90.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...