![]() |
KREDIT GAMBAR : ADIB SC |
Walaupun kemenangan beliau di
peringkat tertinggi sudah lebih daripada sebulan, akan tetapi bahang kehangatan
kemenangan yang diraih oleh ratu cantik Malaysia, pemilik nama Tanisha DeMour
yang mesra disapa Tanisha ini masih hangat dan boleh dikatakan masih belum
hilang. Pertama sekali, kami di DL ingin mengucapkan jutaan tahniah buat
Tanisha atas kemenangan beliau serta pasukan remaja Malaysia yang mengharumkan
nama Malaysia selepas menjuarai takhta utama dalam Miss/Mister Teen
International 2014 yang sudah melabuhkan tirainya sebulan yang lalu.
Ratu Cantik berumur 19 tahun ini
seakan tidak percaya bahawa beliau kini adalah juara bagi Miss Teen
International 2014 sekaligus menjadikan beliau wakil Malaysia pertama yang
memenanginya sejak ianya diadakan 7 tahun yang lalu. “Apabila emcee
umumkan Malaysia memenangi title Miss
Teen International 2014, saya betul-betul terharu dan gembira kerana dapat
membuktikan bahawa saya boleh bawa pulang mahkota kejuaraan tersebut ke Malaysia”,
katanya. Beliau juga tidak menjangka kemenangan akan memihak kepadanya kerana
beliau lihat persaingan yang diberikan oleh peserta-peserta negara lain juga
sangat hebat dan kuat.
Dalam setiap kejayaan kita, sudah
tentu ada tulang belakang yang sentiasa memberikan sokongan, begitu juga dengan
kemenangan yang diraih oleh gadis yang kini sedang melanjutkan pelajaran di
LimKokWing University dalam Jurusan Komunikasi Massa. “Bagi saya, ibu dan bapa
saya merupakan pendorong utama untuk saya terus mara ke hadapan dan tidak putus
asa dalam mencapai cita-cita. Dalam masa yang begitu singkat, merekalah yang
membantu melengkapkan semua persiapan dan barangan yang perlu dibawa ke
pertandingan antarabangsa itu. Pada masa yang sama dalam melengkapkan persiapan
sebelum dan selepas, saya menduduki peperiksaan akhir semester pertama dalam
degree (mass comunication) di LKW. Ini bukanlah sesuatu yang sukar bagi saya,
malah ia mengajar untuk menjadi seorang yang lebih kuat dan yakin pada diri”,
balasnya penuh yakin.
Ketika ditanya pesaing terhebat pada
pentas akhir tersebut, beliau pantas memberikan jawapannya. “Pandangan saya,
Thailand adalah pesaing saya!, kita sedia maklum, Thailand antara negara yang
punyai penyokong yang sangat ramai, lengkap bersama pakaian yang sangat cantik,
tapi ia sedikitpun tidak menjatuhkan semangat saya untuk terus berjuang hingga
ke akhir dan menunjukkan keyakinan diri dan bakat yang ada”. Tambahnya, selain
memenangi kategori utama, Tanisha juga berjaya membawa pulang ‘Gold Medal’ bagi
kategori ‘Best Self Introduction’ pada haru pertama pertandingan itu bermula.
Baginya, persiapan yang rapi amatlah
penting menjelang final tersebut, beliau sangat berkerja keras untuk memastikan
beliau tampil dengan yakin dan dapat mempesonakn juri arif pada malam tersebut.
“Saya sentiasa mempraktiskan diri dalam percakapan semasa self-introduction, catwalk,
posing, general questions, traditional
costume, evening gown serta cenderahati yang perlu dibawa ke sana.
Persiapan seperti ini tidak menjadi satu masalah yang besar bagi saya kerana
saya banyak belajar dari luar dalam menyolek, catwalk, keyakinan diri dan
banyak lagi sejak berumur 18 tahun selepas menduduki SPM”, jelas gadis yang
memiliki ketinggian 179cm ini.
“Kini saya seorang Miss Teen
International 2014, saya akan fokus dalam perjalanan ini untuk mendapatkan
sokongan dan dorongan dari pihak dalaman dan luaran. Tambah lagi, saya juga
perlu fokus dalam mempromosi serta mendapat publisiti dari pelbagai pihak
kerana ini adalah title pertama yang dimenangi oleh Malaysia dan adalah sesuatu
yang perlu dibanggakan oleh semua. Selain itu juga, Tanisha akan fokus dalam
pelajaran serta industri modeling serta perfileman dalam masa akan datang”,
ujarnya mengakhiri sesi temubual esklusif ini.
Trivia, ratu cantik yang mesra disapa
Tanisha ini juga aktif dalam modeling dan acting dan mempunyai kegemaran dalam
membaca, emcee, social media dan cycling.
DOMINASI LELAKI : Tahniah Tanisha
daripada pihak DL ucapkan, agak gementar bagi kami untuk menemubual seorang
ratu cantik yang sudah tentunya cantik dan miliki pakej yang sangat lengkap,
sangat ramah dan lembut orangnya. Kami di DL ucapkan selamat maju jaya dan
sentiasa berikan yang terbaik dan kekalkan corak dan lenggok diri anda
sekarang. Semoga menjadi seorang yang berguna dan berjaya pada masa akan datang.
Terima kasih atas sesi yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment