KREDIT ZIMBIO |
Jaguh tenis Amerika Syarikat dan Juara
Terbuka Australia 5 kali, Serena Williams raih trofi keenam dalam kariernya
bagi Grand Slam Terbuka Australia dengan menundukkan jelitawan tenis dari
Rusia, Maria Sharapova, petang semalam dengan keputusan straight-set 6-3 7-6. Perlawanan diantara pilihan pertama dan kedua tersebut
berlangsung selama 1 jam 51 minit.
Kini, Serena Williams mengumpul
sejumlah 19 kejuaraan Grand Slam manakala Maria mengumpul 5 trofi Grand Slam,
dimana kali terakhir beliau memenanginya pada Terbuka Peracis pada tahun lepas.
Dalam rekod pertemuaan kedua atlet wanita unggul bidang tenis ini, Serena
mendahului kemenangan perlawanan kepada 17-2 dimana kali terakhir Sharapova
menewaskan Serena pada tahun 2004, kira-kira 11 tahun yang lalu.
No comments:
Post a Comment