FOTO mariasharapova.com |
Pasukan Rusia kini melangkah ke
separuh akhir Piala Fed apabila menewaskan pasukan Poland dengan keputusan 4-0
kelmarin. Bintang sensasi Rusia, Maria Sharapova menyudahkan dan membawa
kemenangan keempat bagi Rusia selepas menewaskan pemain #1 Poland, Agnieszka
Radwanska dengan straight-set 6-1 7-5 dalam masa 1 jam 46 minit. Sharapova hanya
tewas satu game sahaja pada set pertama akan tetapi set kedua beliau bergelut
dengan rentak sebelum menang 7-5 ke atas Poland.
Dalam perkembangan sebelum ini,
Sharapova turut menewaskan Ursula Radwanska dengan straight set pada Sabtu
lalu, diikuti kemenangan Kuznetsova keatas Radwanska serta beregu Vitalia
Diatchenko dan Anastasia Pavlyuchenkova menewaskan Klaudia Ignacik dan Alicja
Rosolska dengan keputusan 6-4 6-4.
Aksi separuh akhir akan berlangsung
pada April menyaksikan pasukan Rusia akan bertemu dengan Jerman.
Maria Sharapova akan muncul di
kejohanan pertama yang disertai dalam kariernya iaitu di Acapulco pada
penghujung Februari ini.
Sumber : olahan kembali dari
mariasharapova.com
No comments:
Post a Comment