![]() |
Poster rasmi konsert Simply Inwinccible Soo Wincci. Foto FB Soo Wincci |
Hanya tinggal beberapa hari sahaja
lagi sebuah konsert sulung penyanyi, bekas ratu cantik, pelakon cantik manis,
Soo Wincci bakal menggegarkan KLCC tidak lama lagi. Mengikuti laman Instagram
milik penyanyi yang kini terkenal di Taiwan ini, beliau sedang bergiat aktif
menjalani latihan bersama pasukannya dan bakal menjayakan satu persembahan yang
terbaik dalam sejarah kariernya.
Wincci tampak semangat berlatih
walaupun ada mengalami sedikit ‘kecederaan’ pada tubuh badannya, akan tetapi penyanyi yang terkenal dengan lagu Musim Asmara ini sekalipun tidak berputus asa dan mahu meneruskan perjuangan
konsert sulungnya yang bakal berlangsung di Plenary Hall, KLCC.
Bukan itu sahaja, Wincci juga bakal
membawakan 3 bahasa di pentas prestij tersebut termasuklah lagu bahasa Melayu. Hal
ini tidak menjadi masalah baginya kerana Wincci juga sangat fasih berbahasa
Melayu dan turut mempunyai album mini berbahasa Melayu berjudul SU WIN SI yang
diterbitkan pada tahun lalu.
Konsert Soo Wincci SIMPLY Inwinccible LIVE
in KL bakal diadakan di Plenary Hall, KLCC pada 3i Oktober 2015 ini. Tiket
konsert boleh dibeli di ticketcharge.com.
No comments:
Post a Comment