Tuesday 21 October 2014

Pertembungan 8 Pemain Terbaik Dunia


KREDIT : GETTY IMAGES/PAGE WTA

Hari ini bermulanya Kejohanan Akhir WTA Championship 2014, yang menyaksikan 8 pemain terhebat musim ini berentap bagi mencari juara terhebat yang diadakan di Singapura. 8 pemain terbaik WTA berkumpul iaitu Serena Williams, Maria Sharapova, Simona Halep, Petra Kvitova, Agniezska Radwanska, Eugenie Bouchard, Ana Ivanovic dan Carolina Wozniacki. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan Merah dan Kumpulan Putih dan bersaing ‘round robin’.

Boleh dikatakan tahun ini dianggap istimewa apabila menyaksikan Singapura menjadi tuan rumah serta menyaksikan pertembungan Serena Williams dan Maria Sharapova bagi merebut peluang menjadi pemain no.1 dunia sebagai penutup musim ini. Kumpulan Merah pada hari ini memulakan perlawanan dengan menyaksikan pemain no.1 dunia, Serena bakal berdepan cabaran pemain Serbia Ana, manakala Simona bakal bertemu dengan Eugenie. Bagi Kumpulan Putih pula terdiri daripada Maria, Petra, Aga dan Caro.
Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara WTA Championship 2014?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...