Sunday 31 January 2016

Soo Wincci Rangkul 3 Trofi


Foto : IG Wincci

Penat lelah bekas ratu cantik Malaysia dan penyanyi yang semakin berkembang di Taiwan, Soo Wincci rangkul 3 anugerah di pentas Anugerah Neway 2015 baru-baru ini. Penyanyi yang pernah muncul dengan album mini berbahasa Melayu, Su Wi Si membawa pulang trofi bagi kategori Top10 Karaoke Song 2015, Top10 Best Music Video 2015 dan Most Popular Female Singer 2015.

Tahun 2015 juga memberi sejuta kenangan manis buat gadis manis ini apabila tampil dengan persembahan solo di Plenary Hall, KLCC pada penghujung tahun yang lalu. Ia ibarat satu pelengkap kepada karier Wincci bukan sahaja menjadi penyanyi, akan tetapi beliau juga turut menjadi pelakon dan berada di kedudukan terbaik bagi program masakan terkenal Malaysia, Masterchef All Star. Tahniah sekali lagi kami ucapkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...