Thursday, 7 January 2016

Putus Terpaksa?


sekadar gambar hiasan. kredit Google

Putus Terpaksa! Walaupun sukar ditelan kepahitan tersebut, hakikatnya ia sering berlaku sehingga hari ini. Kadang kala direnung kembali, apa kesilapan yang berlaku pada diri sehingga kasih sayang yang dicurahkan selama ini menjadi debu berterbangan tiada penghuni. Tiada ribut, tiada badai yang pernah berlaku, tiba-tiba mendapat utusan bahawa hubungan yang terjalin selama ini ‘terpaksa’ putus ditengah jalan. Senjata apakah yang menghunus dada tatkala mendapat berita begitu? Ku renung, ku dakap dan ku simpul, tapi ku temu jalan buntu. Meskipun laungan kasih sayang yang senantiasa menghembus sayu sentiasa ku dengar, akan tetapi pengakhiran begini membayangi diri. Kini, semuanya sudah berakhir, selimutilah jiwa dengan positif akal, muhasabah diri, mungkin ini jalan yang terbaik, apakah semuanya bakal bertaut kembali? Pernahkah kasih yang ‘ditumpahkan’ ke tanah, dikutip kembali?

Wednesday, 6 January 2016

Pia Alonzo Wurtzbach Menang Miss Universe 2015


Foto : Miss Universe

Wakil Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach dimahkotakan sebagai Miss Universe 2015 pada penghujung Disember 2015 yang lalu. Pia Wurtzbach menewaskan 79 peserta yang lain bagi merebut mahkota kejuaraan yang diidamkan oleh gadis seluruh dunia itu. Pentas akhir Miss Universe 2015 mengalami kekecohan apabila pengacara pertandingan prestij tersebut, Steve Harvey tersilap mengumumkan nama pemenang.

Pada asalnya, mahkota Miss Universe 2015 telah diletakkan di kepala wakil Colombia, Ariadna Gutierrez, akan tetapi mahkota tersebut telah beralih ke wakil Filipina, Pia Alonzo dek kesilapan yang dilakukan oleh Steve Harvey.

Pia Alonzo menjadi wanita ketiga dari negaranya sebagai pemenang Miss Universe setelah kali terakhir Filipina mengungguli mahkota tersebut pada tahun 1973 menerusi wakilnya, Margarita Moran.

Top3 Miss Universe 2015
Winner : Philippines
1st Runner-Up : Colombia
2nd Runner-Up : USA

Tahniah kepada peserta Thailand, Aniporn Chalermburanawong dinobatkan sebagai pemenang Best in National Costume. Wakil Thailand tersebut mengenakan rekaan ‘Tuk Tuk’, salah satu simbolik di negaranya.

[Minggu5] Kedudukan Terkini Mister Popular Dominasi Lelaki




Kedudukan terkini undian Mister Popular Dominasi Lelaki bahagian keempat, berdasarkan undian yang dilakukan oleh para pembaca DL, pengikut di laman IG serta pengikut Mister Planet Malaysia 2016.

1.       Azwan Aabas (Mister Pahang) : 164 Undi
2.      Nazirul Mubin (Mister Pulau Pinang) : 96 Undi
3.      Asyraf Dasley (Mister Kuala Lumpur) : 93 Undi
4.      Fauzi Mohamad (Mister Perlis) : 77 Undi
5.      Faiz Azharan (Mister Negeri Sembilan) : 76 Undi

Undian boleh dilakukan di laman rasmi, www.dominasilelaki.blogspot.com setiap hari. Gempurlah peserta pilihan anda untuk dinobatkan sebagai Mister Popular Dominasi Lelaki. Undian terkini akan dikemaskini setiap minggu pada hari Ahad.

Markah bagi pemenang Mister Popular bukan sahaja dikutip melalui undian di laman rasmi, kiraan undian LIKES pada gambar di IG, sesi Q&A dari Dominasi Lelaki dan beberapa task lain akan diambil kira.

Siapakah yang bakal menyerlah dan dianugerahkan dengan mahkota Mister Popular Dominasi Lelaki? Teruskan mengundi, nantikan pengumuman rasmi pada pentas Final Mister Planet Malaysia 2016 kelak.

Saturday, 2 January 2016

4 Tahun Dominasi Lelaki!




2015 sudah melabuhkan tirainya, kini 2016 berkunjung tiba. Pelbagai kisah menarik, suka dan duka sepanjang 2015 yang lalu. Alhamdulillah, kini Dominasi Lelaki berusia 4 tahun pada 1 Januari 2016. Jatuh bangun dan pelbagai tohmahan turut dirasai sepanjang tempoh 4 tahun tersebut. Ucapan terima kasih juga tidak terhingga kepada pihak-pihak dan individu-individu yang memberikan sokongan dan dorongan sepanjang 4 tahun ini.

Terima kasih juga kepada 3 jejaka yang menjadi sebahagian daripada pasukan DL ; Dhiya Dann (Face of Dominasi Lelaki 2013/2014), Afizi Roslee (Face of Dominasi Lelaki 2014/2015), dan Mike (Face of Dominasi Lelaki 2015/2016). Walaupun jadual bersama mereka agak perlahan, akan tetapi saya di DL turut berbangga bersama mereka dalam keluarga Dominasi Lelaki.

Semoga tahun ini akan lebih bermakna, dapat bekerjasama dengan banyak lagi pihak. Semoga kita semua menjadi insan terbaik dan dapat mencapai semua impian untuk akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...