Tuesday 19 November 2013

Aznil & Nabil Terajui AIM 2013





AIM atau Anugerah Industri Muzik yang saban tahun mencuri tumpuan bakal tiba tidak lama lagi. Seperti tahun sebelum ini, peranan hos pada malam tersebut amat penting. Bertepatan dengan tema yang menarik iaitu MERAIKAN KEMUNCAK SEGALANYA dan tema pakaian pada malam tersebut ELEGANCE BLACK TIE akan dihoskan oleh 2 personaliti hebat iaitu pengacara yang tidak asing lagi iaitu pengacara nombor satu negara yang masih utuh iaitu Datuk Aznil Nazawi yang turut digandingkan bersama pelawak terkenal, Nabil Ahmad.

Pada malam tersebut, barisan artis yang bakal membuat persembahan adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Ning Baizura, Waris dan ramai lagi serta penampilan dari penyanyi seberang iaitu Rossa dan Afgan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...