Sunday 17 November 2013

Tip Menghasilkan Sperma Sihat




Sudah lama pihak DL tidak berkongsi prihal lelaki, pada mala mini kami akan berkongsi kepada pembaca lelaki di luar sana cara dan bagaimana untuk mendapatkan dan menghasilkan sperma yang sihat berdasarkan pembacaan yang saya temui. InsyaAllah boleh digunapakai dan diamalkan oleh lelaki diluar sana.

1.       Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)

2.      Makan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan

 
3.      Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma

4.      Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma


5.      Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari

6.      Pakai seluar dalam longgar

Sumber : Punca Masalah Kesuburan Lelaki HMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...