Tuesday 19 November 2013

Siti Nurhaliza Wakil Malaysia ke Festival Muzik ASEAN-Jepun




Penyanyi terkenal dan penyanyi no.1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza dijadulkan bakal membuat persembahan mewakili negara Malaysia ke Jepun dalam Festival Muzik Asean – Jepun. Siti kelihatan sangat teruja dan tidak sabar mahu ke Jepun dan festival tersebut bakal berlangsung pada 28 November 2013 ini.

Ia satu penghargaan kepada Siti sekaligus membawa nama negara dan muzik Malaysia di pentas dunia sekali lagi. Konsert itu juga bagi meraikan tahun ke-40 kerjasama dan jalinan negara ASEAN – JEPUN yang turut dihadiri oleh penyanyi terkenal lain dari negara-negara terlibat seperti Agnes Monica ( Indonesia ), Bird Thongchai Mclyntre ( Thailand ), Olivia Ong ( Singapura ) dan ramai lagi.

Setiap artis diberi masa 6 minit pada setiap persembahan dan Dato’ Siti Nuhaliza akan menyampaikan medley iaitu BIARLAH RAHSIA, diteruskan dengan lagu lama Jepun dan diakhiri dengan lagu ‘keramat’ daripada suara emas ini, NIRMALA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...