Sunday 10 November 2013

Tokoh Ma'al Hijrah 2013/1435H




Pada tahun ini, 2 tokoh Ma’al Hijrah telah diumumkan pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan di Dewan Plenari, Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang menyaksikan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Abduk Hamid Zainal Abidin ( kebangsaan ) manakala peringkat antarabangsa pulak diberikan kepada pendakwah global dari India iaitu Dr Zakir Abdul Karim.


Berita tersebut diumumkan oleh ketua JAKIM pada majlis manakala pemilihan tokoh Ma’al HIjrah tersebut adalah atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tokoh Ma’al Hijrah tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pingat penghargaan Ma’al HIjrah 1435H, sijil penghargaan berbentuk plak dan sijil penghargaan beserta bingkai. Semua hadiah tersebut disampaikan oleh Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Badlishah.

olahan kembali metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...