Friday 15 November 2013

CARRIE, Antara Kuasa & Dendam..!




Sebuah filem seram adaptasi dari Stephen King pada tahun 1974 yang masih menggunakan judul yang sama, mengisahkan  kelahiran seorang bayi yang pada kelahirannya tidak diduga oleh ibunya iaitu MARGARET WHITE dan ibu tersebut ingin membunuhnya. Selain itu, bagi DL sendiri, file mini bertambah kuat apabila diberi suntikan element pengajaran yang terdapat melaluinya. Kisah penyeksaan & penganaiyaan yang besar terhadap seorang pelajar iaitu peneraju utama bagi filem ini, CARRIE WHITE sehinggakan beliau dimalukan dengan teruk sekali oleh pelajar di pusat pengajiannya. Video CARRIE WHITE tersebar dek kebencian yang mendalam pada CARRIE WHITE oleh CHRIS, salah seorang pelajar tersebut.

Dendam CHRIS terhadap CARRIE WHITE berpanjangan apabila beliau gagal dan tidak diterima menghadiri ke majlis malam prom yang dianjurkan oleh pihak pengajiannya oleh guru dan pihak pengajian sehinggakan beliau mengambil keputusan akan mengenakan CARRIE WHITE pada malam tersebut. CARRIE WHITE, seorang gadis penuh misteri mendapat pelawaan untuk menghadiri majlis malam prom oleh rakan kelas yang juga seorang atlet di tempat pengajiannya iaitu TOMMY ROSS. CARRIE WHITE pada mulanya enggan untuk ke majlis tersebut kerana beliau tahu bahawa TOMMY sudah mempunyai buah hati iaitu SUE SNELL tapi atas pelawaan dan pujukan oleh TOMMY, CARRIE WHITE menerima pelawaan tersebut dengan berjanji akan pulang awal dek risau dengan ibunya, MARGARET WHITE. CARRIE berasa sangat gembira bahkan telah menyiapkan satu helai gaun petang yang cantik bagi majlis khas malam tersebut. Walaupun mendapat tentangan yang hebat dari ibunya, CARRIE WHITE tetap mahu untuk ke majlis tersebut dan berharap tohmahan ibu kepadanya meleset sama sekali.

Malam gilang gemilang malam prom bermula dengan begitu baik sehinggakan satu kejadian yang besar yang merubah segalanya telah berlaku.

Siapakah CARRIE WHITE yang sebenarnya? Apakah sejarah latar belakang CARRIE WHITE? Apakah kejadian besar pada malam tersebut? Kepada pemerhati dunia filem, DOMINASI LELAKI cadangkan luangkan masa anda untuk menonton filem ini, karya yang menarik dan jalan cerita yang terbaik. Berdasarkan rating dari 10, DL bagi 9/10 bagi filem ini..!

DOMINASI LELAKI : pihak DL berkesempatan menonton bersama beberapa teman baik dan mereka juga memberikan respon yang baik bagi filem ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...