Setelah Gisele Bundchen dinamakan
sebagai supermodel wanita paling mahal di dunia, kini jejaka tampan berumur 24
tahun, Sean Opry dinamakan sebagai supermodel lelaki menerima bayaran tertinggi
oleh Forbes. Sean Opry menerima
sekitar RM5 JUTA berbanding Gisele Bundchen memperoleh sebanyak RM140 JUTA pada
tahun yang sama yang terdapat melalui vogue.co.uk
Opry sangat terkenal dengan
kempen-kempen terkenal dunia yang diwakilinya seperti Giorgio Armani, Versace,
H&M, Hugo Boss dan Salvatore Ferragamo selain turut memberi pesona dan
menghiasi jenama haruman terkenal untuk Jil Sander dan Viktor & Rolf.
Mengikuti dibelakangnya adalah legenda
supermodel, David Gandy yang memperoleh sekitar RM4.5 JUTA. Simon Nessman
(RM3.6 JUTA), Arthur Kulkov (RM2.9 JUTA) dan Noah Mills sekitar RM2.4 JUTA.
No comments:
Post a Comment