Sudah lama tidak mendengar khabar dan
berita finalis daripada hero remaja, Dhiya yang semakin mendapat tempat ini.
Kepada semua peminat jejaka dari Temerloh ini bakal terubat apabila beliau kini
tampil dengan buah tangan terbaru iaitu sebuah program berbentuk aktiviti lasak
yang bakal menemui penonton bermulanya hari ini.
Menggunakan judul Sungai Extrem,
program yang menjadikan aktiviti extrem ini sebagai medium utama program ini
kelihatan bakal menarik minat penonton dan peminat setia sukan extrem di Malaysia.
Ketika mewawancara beliau (Dhiya), beliau menyatakan program ini lebih kepada
konsep santai dan sangat menarik. Tambahan lagi, pada setiap episod juga, Dhiya
akan mengajak beberapa artis jemputan untuk mencuba bermain pelbagai aktiviti
sukan seperti White Water Rafting yang dikhabarkan hanya terdapat di
sungai-sungai yang extrem di Malaysia.
Bersiaran selama 13 episod yang
bermula pada hari ini, sudah tentu program ini dilihat sangat mencabar
kredibiliti dan mempunyai tahap kesukaran yang tinggi. Dhiya menambah, beliau
hampir 3 kali ‘bertarung nyawa’ dengan program ini dan berpendapat bahawa
program ini banyak memberinya semangat dan menguji tahap keyakinan dirinya dan
baginya adalah satu peluang yang berharga dan sukar dilupakan.
Antara cabaran yang beliau tempuh dalam
program ini adalah seperti berenang dengan buaya di Sungai Kiulu Sabah dan yang
paling extreme adalah ketika di Sungai Padas di Beaufort, Sabah iaitu ranking
NO.1 antara paling bahaya di Asia Tenggara.
Jangan lupa untuk menonton satu
program extrem tahun ini bermula pada hari ini, setiap Jumaat, pada jam 2.05
petang hanya di TVi, siaran Astro 180. Antara selebriti yang turut serta dalam
program ini adalah Zain Saidin, Amir Sofaz, Keena Mentor, Syarul Ridzwan dan
ramai lagi.
No comments:
Post a Comment