Thursday 12 December 2013

3 Peserta Markah Terendah Minggu 4 dalam Pencetus Ummah



PU Yeop antara yang menyerlah malam ini
Sebentar sahaja tadi baru sahaja berlabuhnya tirai minggu ke-4 bagi program pencarian pendakwah terulung, Pencetus Ummah (Duniaku Dakwahku) yang bersiaran di Astro Oasis. Pada minggu ke-4 ini menggunakan tema ‘..dari Filem’, setiap peserta haruslah kreatif mengolah ayat dan persembahan yang mantap dengan menggunakan tema tersebut sebaik mungkin.

PU Shahul (Songlap)

Bagi DL sendiri, PU Yeop, PU Rahmat antara yang paling menyerlah pada malam ini. Pada penghujung program ini, 3 peserta yang mendapat markah terendah dari juri akan memasuki satu zon undian peminat untuk mengekalkan beliau terus berada berjuang dalam program ini untuk minggu hadapan.

PU Thowi (Mami Jarum)

Mereka yang mendapat markah terendah pada minggu ini adalah PU Thowi (Mami Jarum), PU Shahul (Songlap) dan PU Fakhrul (Ibu Mertuaku). Jangan lupa untuk mengundi mereka di PENCETUS UMMAH (KLIK SINI) untuk mengekalkan mereka pada minggu hadapan. Juri pada malam ini adalah Ustaz Kazim, Abby Fana dan juri jemputan, Dr. Robiah K. Hamzah. Kredit gambar dari page rasmi Pencetus Ummah.

PU Fakhrul (Ibu Mertuaku)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...