Eizaaz juga pemegang MBA in Corporate
Finance dari Universiti Derby, UK dan pernah dinobatkan Mister Asian Malaysia
2012
|
Persembahan yang mantap dengan jawapan
yang sangat berkualiti diberikan oleh juara dan jejaka yang bakal mewakili
Malaysia ke pertandingan Mister Planet 2014 yang diadakan di Manila, Filipina
ini adalah satu percaturan yang sangat tepat. Berbekalkan dengan pengalaman
yang pernah dikutip tatkala menyertai petandingan ‘beauty pageant’ sekitar 2012 ini, jejaka yang berasal dari Kedah
ini menggunakan peluang dan pengalaman sebaik mungkin untuk tonjolkan diri
menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik untuk menobatkan beliau
sebagai Mister Planet Malaysia 2013. Baru-baru ini pihak DL sempat mewawancara
wakil Malaysia iaitu Eizaaz Farez, Mister Planet 2014 untuk mengetahui sedikit
sebanyak persediaan beliau menjelang Mister Planet 2014 di Manila, Filipina.
DL : Apakah perasaan Eizaaz tatkala
diumumkan sebagai Mister Planet dan bakal mewakili Malaysia pada tahun hadapan?
EF : “ bila nama saya diumumkan
sebagai juara, sudah tentu saya berasa gugup seketika kerana pertama saya
berganding dengan pesaing-pesaing yang hebat belaka. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua juri dan pihak penganjur kerana memilih
wakil Kedah sebagai juara sulung Mister Planet Malaysia 2014 dan secara tidak
langsung gelaran tersebut amat membanggakan saya. Kini saya sedia untuk
berkhidmat dan menjadi role model terbaik bagi golongan muda diluar sana.
DL : Bagaimana Eizaaz lihat pesaingan
pada pertandingan sulung Mister Planet Malaysia 2014 sebelum anda dijulang
sebagai juara?
EF : “ Persaingan sudah tentu teramat
sengit. Saya pula masih ‘hijau’ dalam bidang modelong. Saya Cuma bekerja
sebagai eksekutif kewangan di sebuah syarikat swasta dan bidang modeling ini
saya masih dalam tempoh pembelajaran. Semua finalis adalah yang telah lama
dalam bidang peragaan dan ketika nama diumumkan, saya cuma terkedu dan gugup
kerana satu tugas yang berat iaitu bakal mewakili dan menggalas nama Malaysia”
DL : Apakah persiapan yang giat
dijalankan kini bagi menjelang pertandinga Mister Planet 2014 pada tahun
hadapan?
EF : “ Persiapan yang perlu saya buat
adalah dari segi menta, fizikal dan IQ. Saya akan memperagakan pakaian malam
rekaan pereka fesyen Malaysia dan pada masa yang sama akan mengenakan pakaian
kebangsaan bagi slot National Costume.
Disamping itu. Slot pakaian renang juga akan diselitkan. Saya kini giat
berlatih untuk mempelajari silat Melayu kerana itulah ‘klimak’ dari cetusan
Malaysia sebagai memperkenal dan mempromosi Malaysia di mata dunia dalam segmen
Talent Round. Seorang jurulatih juga
akan dilantik bagi mengajar cara berjalan (catwalk),
posture, dieting, gym dan mengawal
body language. Penganjur akan memastikan yang saya cukup bersedia
sebelum mewakili Malaysia.
Final
Question
pada pentas akhir Mister Planet Malaysia 2013
Question : “How would yoy define a
good role model”?
Eizaaz : “ A role model is someone who
are able to create a significant value to the public positively I would say,
let say if today is my lucky day, I would like to encourage Malaysian to start
conserving energy from home because I believe this simplest initiative can
bring a good impact to our country. Lastly a good role model, he should have a
sense of devotion, optimism, agility, compassion and the engagement of his
heart and soul to the welfare and that makes that person or even myself as a
wonderful role model”
kredit gambar : Sweetlite Creation |
DOMINASI LELAKI : Semoga wakil
Malaysia ke Mister Planet 2014 ini berjaya..! tahniah diucapkan selepas dipilih
menjuarai bagi Mister Planet Malaysia.
No comments:
Post a Comment