Saturday 14 December 2013

[EKSKLUSIF] "Dunia Peragaan dan Pelajaran Perlu Seiring" - Ahmad Haniff


Haniff mahu berjaya dalam bidang yang diceburi
Wilson Tan model pilihannya

Walaupun hanya sekadar melayakkan diri ke TOP16 Mister Planet Malaysia, itu sekaligus tidak mematahkan semangat anak muda kelahiran Selangor ini untuk terus berjuang dan meneruskan minat beliau dalam bidang peragaan. Beliau menjadikan hujung minggunya sebagai model sambilan bagi memenuhi minatnya yang mendalam dalam bidang ini.

Tegasnya, buat masa kini bagi pemegang nama Ahmad Haniff ini juga mempunyai impian dan minat yang tinggi dalam bidang perniagaan. Langkahnya untuk majukan diri dalam bidang ini nampaknya agak cerah dengan jurusan yang digalasnya di institusi pengajian tinggi di Melaka iaitu UiTM Melaka dalam jurusan Perniagaan.

Beliau yakin minatnya dalam bidang perniagaan dan peragaan membawanya lebih jauh dengan usaha yang lebih keras dan tanpa putus asa. Beliau menjadikan model ternama Wilson Tan sebagai pembakar semangatnya untuk lebih maju dalam bidang peragaan.
 
ketika di dalam Mister Planet Malaysia tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...