Bintang tenis ternama dunia, Roger
Federer dan Maria Sharapova unggul mendominasi pemain tenis yang mendapat
pendapatan paling tinggi pada tahun 2013 mengikut Forbes dalam Majalah Forbes
yang dikeluarkan.
Pemian Switzerland, Roger Federer
mengutip sebanyak ($71.5 million) termasuk ($6.5 million) adalah hadiah
kemenangan bagi jelajah ATP Dunia. Beliau juga memperoleh sekitar ($10 million)
setiap tahun daripada NIKE dan penajaan daripada Wilson Rolex, Credit Suisse,
Mercedez Benz, Gillette, Lindt, Jura Elektroapparate dan Moet & Chandon.
Federer menandatangani 5 tahun kontrak bersama Moet Chandon sahaja sebanyak
lebih dari ($30 million).
Begitu juga dengan wakil wanita, WTA.
Pemain sensasi dunia dan ‘ratu cantik tenis’, Maria Sharapova mengetuai antara
10 pemain wanita yang mendapat penajaan dan pendapatan tertinggi pada tahun
2013 yang diumumkan oleh Forbes. Maria memperoleh sebanyak ($29 million) dimana
menjadi duta bagi NIKE, Head, Samsung Electronic, Tag Heuer dan Evian. Pemegang
17 Grand Slam pula berada pada kedudukan kedua dengan pendapatan sebanyak ($20
million) diikuti dengan pemain China, Li Na dengan ($18.2 million) pada
kedudukan ketiga dan Azarenka pada kedudukan keempat dengan pendapatan sebanyak
($15.7 million)
Sumber : sport.co.uk
No comments:
Post a Comment