Mahukah anda memiliki 31 buah lagu
antara karya irama Malaysia dan pilihan terbaik dari penyanyi terkenal dan NO.
1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza? Kini ianya menjadi kenyataan dengan hadirnya
buah tangan terbaru daripada penyanyi tersebut – Konsert Lentera Timur Dato’
Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia dimana konsert ini telah
berlangsung sekitar September tahun 2013 yang lalu.
Hadir dengan 2 CD melalui album ini,
tidak dinafikan kawalan vokal dan lenggok yang dimiliki oleh Siti tidak perlu
disangkal lagi. Beliau berjaya membawa kita semua ‘hanyut’ dalam alunan vokal
dan gemalai setiap lagu yang ditampilkan. Paling menyentuh hati melalui trek
Patah Hati, dilihat Siti sangat berjaya membawakan dengan penuh perasaan yang
sangat mendalam.
Selain CD ini tampil dengan lagu
terbaik daripada koleksi beliau, Siti juga tampil dengan 2 lagu baru iaitu
Popaleh Weh dan Citra Budaya dimana diambil daripada loghat Pahang manakala
Citra Budaya memperlihat gabungan element yang sangat menarik serta digarap
dengan Dikir Kelantan vs Dikir Pahang lantas menjadi Dikir Timur yang sangat
harmoni.
Pada konsert ini juga, Siti turut
menampilkan Raja Gelek Malaysia, Dato’ M. Daud Kilau sebagai penyanyi jemputan
dan mereka berduet menerusi 2 buah lagu daripada milik penyanyi tersebut iaitu
Cek Mek Molek serta Laksamana Raja Di Laut.
Album ini mula dijual bermula pada
minggu ini dengan harga RM39.90 untuk
CD1 & CD2. Jangan lupa dapatkan dipasaran. Kini rasailah keseronokan
dan ketinggian martabat muzik tradisional melalui album yang penuh dengan
istimewa ini.
Pada perkembangan lain, kini Siti
dalam persediaan untuk Minggu Setiausaha dan sebuah konsert sekitar April
depan di Singapura. Tambahan lagi, Siti yang juga terkenal dengan lagu Lebih Indah dalam
proses menyiapkan album terbaru beliau yang akan dipasaran sekitar pertengahan
tahun ini.
No comments:
Post a Comment