Minat yang mendalam bermula pada zaman
sekolah menengah lagi telah membuatkan beliau kini berada pada landasan yang
tepat. Bidang penulisan diceburinya kini dek berjinak-jinak menulis cerpen
untuk majalah sekolah, kemudian memasuki pelbagai pertandingan berasakan bahasa
termasuklah puisidra, syarahan dan lain lagi, kini beliau berbangga kerana buah
tangan pertama beliau yang diusahakan olehnya kini berjaya ‘dilahirkan’.
Beliaulah, Syaida Ilmuna – seorang anak muda yang kini berjinak-jinak dan mahu
bergiat dengan lebih aktif lagi dalam bidang penulisan. Beliau tampil dengan
karya pertamanya, Dia Bukan Arissa.
“Dorongan saya sudah tentu keluarga,
teman-teman serta guru. Bakal pertama saya kali dicungkil oleh guru sekolah
menengah saya dalam bidang puisi lalu dikembangkan dengan bantuan dan dorongan
ibu bapa dimana mereka juga mempunyai aliran dan asalnya dari bidang
komunikasi” jawabnya dalam sesi wawancara yang lalu.
Tampil dengan Dia Bukan Arissa yang
dianggap sangat istimewa keranya ianya adalah karya sulung. Novel ini
mengisahkan dua orang adik beradik
kembar yang mempunyai berlainan sikap. Arissa ( kakak ) telah mempergunakan
adiknya, Arlisa untuk menyamar sebagai dirinya. Persoalannya, apakah yang
dimahukan oleh beliau? Berjayakah penyamaran yang dilakukan? Jangan lupa untuk
dapatkan Dia Bukan Arissa di pasaran.
Pada perkembangan lain, beliau kini
baru sahaja berjaya menamatkan pengajian
Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) dan bergiat
aktif dalam bidang penulisan. “Selain karya sulung tersebut, nantikan juga
karya terbaru saya, Lara Jelita yang insyaAllah akan diterbitkan pada tahun
ini”.
Tahniah diucapkan kepada penulis yang
sedang meningkat naik, Syaida Ilmuna untuk sesi yang dilakukan. Semoga berjaya
untuk nukilan, karya yang dihasilkan. Jangan lupa dapatkan DIA BUKAN ARISSA
dipasaran..!
No comments:
Post a Comment