Nama pemain tenis sensasi dunia, Maria
Sharapova tidak perlu diperkenal lagi. Jelitawan yang memiliki tubuh badan yang
cantik, tinggi lampai serta menjadi buruan lensa kamera ini secara rasmi
dilantik menjadi duta bagi Celcom First Elite baru-baru ini.
Pemilihan Maria Sharapova dilihat
sangatlah tepat dengan profile yang dimiliki oleh beliau iaitu seorang yang
stylish, moden, elegant dan sofistikated antara faktor dan karisma utama
menggambarkan Celcom First Elite ini. Tambahan lagi, pemain tenis terkemuka ini
juga diakui mempunyai personaliti yang sangat menarik, berpengaruh, cantik,
mempunyai kelas yang tersendiri dan penuh karisma.
Kini, pemain tenis Rusia dan pemegang
takhta atlet wanita paling kaya dunia/berpendapatan tinggi ini terus
mengukuhkan nama beliau dalam arena ini. Selain Celcom First Elite, beliau juga
turut menjadi duta bagi PORSCHE, TAG Heuer dan beberapa jenama terkenal dunia
yang lain. Selain itu, beliau juga mempunyai koleksi ‘candy’ jenama sendiri
yang digelar SUGARPOVA yang juga turut menjana pendapatan beliau.
No comments:
Post a Comment