BABI : Bercinta Di Balik Api
mencetuskan fenomena sejak kebelakangan ini, kini penulis dan pencetus karya
tersebut, Azwar Kamaruzaman tampil dengan sebuah karya yang mempunyai tajuk
yang panas iaitu 'NASI KANGKANG'. Adakah karya terbaru ini bakal menandingi
kehebatan BABI suatu ketika dahulu?
Menerusi karya terbaru ini, Azwar
mensasarkan kepada pembaca agar mendapat pengajaran dan dapat menyebarkan
kepada orang lain pengajaran tersebut. “Saya berharap agar setelah mereka
habis membaca karya ini, mereka akan mendoakan kebaikan untuk saya dan kita
bersama. Itu target saya”, katanya. Tambahannya lagi, “Masih terlalu awal untuk
mengolah dan meletakkan tanda aras bagi NASI KANGKANG ini, akan tetapi saya
tidak kisah jika ianya dapat tandingi BABI kerana banyak lagi ilmu yang perlu
saya tuntut dan belajar, pada masa yang sama untuk memperbaik kelemahan pada
karya-karya saya”. Azwar sasarkan beliau akan menghasilkan karya yang lebih
baik untuk pada masa hadapan.
Dalam perkembangan lain, beliau kini
dalam proses untuk menyiapkan sambungan daripada BABI iaitu BABI 2 yang masih
belum mempunyai tajuk yang tetap. “Mungkin saya akan berehat sebentar untuk
tenangkan minda selepas siap sambungan ini, dan akan muncul dengan karya
terbaru pula selepas ini, mungkin kisah dan pengalaman di asrama pula!”,
sambungnya dengan tersenyum.
Karya 'NASI KANGKANG' ini sudah berada
di pasaran , pusat buku-buku serta juga boleh didapati di atas talian Lejen
Press. Selamat membaca..!
No comments:
Post a Comment