Monday, 22 September 2014

Li Na Bersara dari Arena Tenis

kredit : WTA

Pemain tenis China, Li Na baru-baru telah mengumumkan persaraan beliau dalam arena tenis selepas hampir 15 tahun selepas bertukar kepada pemain profesional pada tahun 1999. Li Na yang kini menduduki ranking keenam dunia mengambil keputusan menggantung raket pada usianya 32 tahun. Sehingga kini, pemain no.1 dari China tersebut memperoleh sekitar RM50juta wang kemenangan dalam kariernya termasuk sekitar RM10juta duit kemenangannya pada tahun 2014.


Fakta mengenai Li Na

1.       Pemain China pertama memenangi gelaran WTA. Beliau memenangi kejuaraan pada kejohanan Guangzhou International Women’s Open dan menjadi pemain China pertama pada ketika itu.

2.      Menjadi pemain pertama dari Asia dan memenangi kejohanan Grand Slam (Terbuka Perancis).

3.      Pemain yang menduduki rangking tertinggi dari Asia (lelaki/wanita) dalam sejarag tenis. Selepas Kimiko Date –Krumm merekodkan kedudukan tertinggi iaitu no.4 pada 1990, Li Na tampil memberi kejutan selepas menenangi Terbuka Perancis pada 2011 dan memasuki WTA Final pada 2013 (Naik no.3 dunia) dan meningkat ke kedudukan kedua dunia pada tahun ini di selepas kejohanan di Doha.

Kini Li Na sudah tiada lagi memeriahkan pentas kejohanan tenis dunia, semoga Li Na gembira dan menjalani hidup terbaik selepas ini. Sudah tentu seluruh rakyat China dan peminat tenis, peminat Li Na merinduinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...