KREDIT : GAMBAR BH |
Peperiksaan UPSR 2014 bermula pada
Selasa lalu dengan kertas BM sebagai kertas pertama yang diduduki
oleh semua pelajar yang mengambil UPSR pada tahun ini. Sudah pasti gemuruh dan
pelbagai rasa yang dirasai oleh seluruh adik-adik yang melangkah masuk ke dewan
peperiksaan. Akan tetapi perjalanan yang sepatutnya diakhiri pada Khamis, 11
September 2014 ‘dikotori’ dengan pelbagai kontroversi yang melanda apabila
diumumkan kertas UPSR bagi matapelajaran Sains didapati bocor.
Laporan BH |
Laporan SINAR HARIAN |
Bukan itu sahaja, pada hari ini turut
dikhabarkan kertas bagi Bahasa Inggeris 1 & 2 juga turut bocor sekaligus
menyulitkan lagi pelajar yang menduduki peperiksaan yang berjumlah lebih dari 450
ribu orang. Kami di DL sangat bersimpati dengan nasib yang dialami oleh
adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan yang besar ini. Persoalannya
siapakah dalang bagi pecah amanah ini? Diharapkan individu yang
bertanggungjawab kepada masalah yang melanda ini mendapat hukuman yang setimpal
dengan apa yang dilakukannya. Bagi kertas Sains, pelajar UPSR akan mendudukinya
pada 30 September 2014 ini.
No comments:
Post a Comment