KREDIT : Semua gambar dari ADIB SC |
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Masihkah
anda ingat dengan laungan keramat tersebut? ianya menjadi detik terunggul
negara apabila laungan tersebut sebagai tanda kemerdekaan yang dikecapi oleh
kita sebagai rakyat Malaysia. Tanggal 31 Ogos 2014 pada tahun ini adalah
tanggal ke-57 tahun kemerdekaan bagi negara.
DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA diangkat sebagai tema pada tahun ini.
Bertepatan dengan tema dan sambutan kemerdekaan kali ini, kami di DL ingin
tampil dua jejaka tampan dengan erti dan maksud kemerdekaan dari pandangan
mereka. Beliau adalah 2 juara, 2 wakil utara dan bakal wakil negara ke pentas
dunia tidak lama lagi ; Eizaaz Farez Zakaria (Juara Mister Planet Malaysia
2014) dan Nazmi Nordin (Juara Mister Planet Malaysia 2015). Ayuh kita selami
dan ketahui erti dan pandangan kemerdekaan buat 2 jejaka dan juara ini ;
Erti
KEMERDEKAAN bagi anda?
(E)
“Bagi saya, erti KEMERDEKAAN adalah
pengorbanan, perpaduan dan penyatuan tidak kira mahupun bangsa, darjat ataupun
agama. Pengorbanan yang telah kita semua tempuhi, perpaduan yang akhirnya kita
capai dan penyatuan bangsa dimana mahupun
kita berbeza dari segi bangsa mahupun agama, tetapi kita tetap bersatu.”
(N)
“Personally, erti kemerdekaan bagi saya
ialah apabila kita boleh berada di tempat tanah tumpah darah kita, tempat di
mana kita membesar, mencari rezeki membina kehidupan serta menikmati segala
nikmat pemberian Yang Maha Esa dengan penuh rasa syukur tanpa digugat oleh
mana-mana anasir.
Dalam konteks lain, dengan status
saya sebagai seorang pelajar dan anak kepada En. Che Nordin dan Pn. Azizah
Said, Hari Konvokesyen merupakan “HARI KEMERDEKAAN” bagi saya. Setiap saat yang
saya perjuangkan sekarang ini hanyalah untuk memperoleh kejayaan duniawi dan
ukhrawi.”
Tokoh
Pilihan?
(E)
“Semestinya Bapa Kemerdekaan kita, Tunku
Abdul Rahman. Tanpa beliau, tidak mungkin kita akan kecapi kesenangan seperti
apa yang saya peroleh sekarang.”
(N) “Tun
Mahathir Mohamad kerana beliau telah memerdekakan Malaysia dari telunjuk Barat.
Beliau juga berani menyanggah Barat dan bertindak mengikut apa yang dirasakan
betul untuk Malaysia.”
Kenangan/sambutan
MERDEKA yang tidak dapat dilupakan.
(E)
“Pengalaman kemerdekaan yang saya sertai
semasa di Tingkatan 4 iaitu tahun tertakhir Tun Dr Mahathir memegang jawatan
sebagai PM Malaysia. Bagi saya, saya sangat menyanjungi beliau dan saya
berpeluang berjumpa dan berterima kasih kepada beliau.”
(N)
“Semasa
menuntut di Sek. Men. Sains Tuanku Syed Putra (SEMESRA), saya menyertai
Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). I still remember. It was in 2005. Saya
pengsan sebanyak 2 kali semasa sesi latihan kawad senjata menjelang Hari
Kemerdekaan sebab cuaca yang terlalu panas dan tak berapa sihat.”
(tersenyum).
TRIVIA
Eizaaz
Farez, pemenang Mister Planet Malaysia 2014 akan mewakili negara ke Manila,
Filipina pada Oktober ini di pentas Mister Planet Malaysia 2014, manakala Nazmi
Nordin (Juara Mister Planet Malaysia 2015) pula akan bertanding ke Madrid,
Sepanyol pada tahun hadapan. Selamat maju jaya buat kalian berdua.
No comments:
Post a Comment