Sunday, 7 September 2014

MASKULIN Rai 13 Tahun, DR. SAY SHAZRIL Pilihan yang Tepat



kredit : page MASKULIN
Penuh karisma, punyai senyuman yang menawan serta memiliki bentuk badan idaman semua jutaan diluar sana, kini nama jejaka kacak Say Shazril semakin meniti dibibir dan menjadi perhatian lensa kamera. Update kali ini, kami di DL ingin tampilkan dan ketengahkan bakat serta rupawan yang dimiliki oleh pemegang nama Shazril Shaharuddin serta update terkini majalah terulung bagi lelaki, MASKULIN yang kini meraikan ulangtahun yang ke-13. Tahniah diucapkan.

SELAMAT ULANGTAHUN KE-13 MASKULIN! SEMOGA TERUS MAJU DAN BERJAYA SERTA DAPAT KONGSIKAN PELBAGAI INPUT BERGUNA KEPADA MASYARAKAT. Kini Maskulin sudah menjengah ke usia 13 tahun dalam industri, satu kiraan yang boleh dikatakan sudah matang dan sangat teguh berdiri dengan himpunan pengikut setianya termasuklah kami di DL. Segala input dan informasi yang dilampirkan oleh majalah terulung ini sangat berguna dan tidak pernah mengecewakan. Kini MASKULIN bangga berdiri dan kami di DL sangat menghormati karya dan memandang tinggi usaha pasukan MASKULIN yang semakin mantap dengan pengisian yang berbisa.

Dr Say! Bagi kami, pemilihan penghias muka depan yang tepat. Dengan kehebatan beliau dalam liganya yang tersendiri dan role model buat jejaka diluar sana, tidak hairanlah walaupun kini mempunyai kerjaya seorang doktor, beliau juga  menggunakan aset ketampananya untuk meneroka bidang yang diminatinya selama ini.

Kepada jejaka diluar sana, nah kami di DL tampilkan MASKULIN ULANGTAHUN KE-13 yang menampilkan doktor hangat masa kini, Dr Say Shazril sebagai jejaka sampul. Jangan lupa dapatkan pelbagai maklumat dan kisah menarik bagi isu September 2014 ini di pasaran dengan harga RM6. Tahniah Dr Say dan pasukan MASKULIN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...