Monday, 22 September 2014

EWAL, NUHA & AZWAN Pilihan Juara AF 2014?

KREDIT GAMBAR : PAGE AKADEMI FANTASIA
Kini program realiti Akademi Fantasi 2014 sudah memasuki minggu ketiga ianya berlangsung. Sudah tentu semua pelajar juga sudah bersedia menggegarkan pentas dan menonjolkan keistimewaan serta ilmu yang diturunkan oleh semua tenaga pengajar. Pada minggu ini, peserta AF diberikan tugasan menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh juara-juara dari program realiti ini.

Selaku pemerhati dan sebahagian penggiat dunia hiburan tempatan, saya berpandangan  EWAL, NUHA dan AZWAN boleh dilabelkan TOP3 material berdasarkan persembahan pada malam tersebut.
 
FAREZ TERKANDAS DI MINGGU KETIGA. KREDIT GAMBAR : PAGE AKADEMI FANTASIA
ADEL? Agak bagus pada konsert sebelum ini, akan tetapi beliau sedikit tenggelam apabila mempersembahkan sebuah lagu yang keluar dari genrenye. Akan tetapi masih berhak menduduki senarai lima terbaik dikuti NINA kerana personalitinya yang sangat menarik.
Bagi FIRMAN, MUNA dan ZARIF, persembahana mereka terlalu selamat, cukup untuk mengelak daripada menghuni tangga tercorot.

Selain FAREZ yang tersingkir pada minggu ini, 2 pelajar lagi iaitu AMAN dan ZIHA patut memberikan ‘sesuatu’ yang woww untuk menyaingi rakan-rakan lain yang sudah melangkah di hadapan.
 
KREDIT GAMBAR : PAGE AKADEMI FANTASIA
Apapun, selagi jari menjad juri, macam-macam bisa terjadi. Jadilah penonton yang bijak, bukannya sekadar suka-suka sebab si ‘dia’ kenalan anda mahupun kekasih angan-angan anda. SELAMAT BERJAYA SEMUA PELAJAR! Terima kasih dan kredit kepada Abg Deegun untuk pandangan yang diberikan. 
 
KREDIT GAMBAR : PAGE AKADEMI FANTASIA
ADEL – JAHAT (STACY)
FIRMAN – RELAKAN JIWA (HAZAMA)
ZARIF – ADUH SALEHA (MAWI)
MUNA – PERCAYALAH (INDAH RUHAILA)
FAREZ – AWAN NANO (HAFIZ)
ZIHA – HATIMU MILIKKU (NERA)
NINA – ILLUSI (ADIRA)
AMAN – HANYA KAU YANG MAMPU (AIZAT)
EWAL – KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN (SHAHIR)
NUHA – AKU LEBIH TAHU (MILA)
AZWAN – IZINKANKU PERGI (KAER)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...