Monday 10 November 2014

SHARAPOVA Kumpul 15 JUTA Peminat, Tewaskan NADAL & FEDERER




Bukan hanya menang dari segi rupa dan penampilan malahan di dalam gelanggang, jelitawan tenis Rusia, Maria Sharapova juga unggul sebagai satu-satunya pemain tenis (lelaki dan wanita) yang mengumpul peminat lebih dari 15 JUTA orang seluruh dunia menerusi akaun rasmi Facebook miliknya. Jika sebelum ini, pemain lelaki tersohor Rafael Nadal dan Roger Federer mengungguli di hadapan Maria, kini pemain yang menduduki kedudukan no.2 dunia tersebut ‘membenam’ dua pemain hebat dalam bidang yang sama itu.

Ketika ini (artikel ini ditulis), Maria mengumpul 15,015,811 berbanding Rafael Nadal (14,873,545) dan diikuti dengan Roger Federer (14,734,460) peminat di laman FB. Maria pada tahun 2014 berjaya memenangi 4 trofi termasuk Grand Slam yang dimenanginya di Terbuka Perancis dan terbaru adalah di Terbuka China. Kini Maria menghuni kedudukan NO.2 dunia dibelakang pemain AS, Serena Williams.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...