Friday 6 January 2012

MARIA SHARAPOVA Tidak Menerima 'WILD CARD' di Hobart

Bintang tenis handalan dunia dari Rusia, MARIA SHARAPOVA tidak akan menerima ‘wild card’ bagi kejohanan pada minggu hadapan iaitu di Hobart ( melalui TENNIS.com ). Juara 3 kali Grand Slam tarik diri dari kejohanan pada minggu ini di Brisbane kerana masalah kecederaan pergelangan kaki kirinya sambungan daripada kejohanan Pan Pasific Championship di Tokyo pada hujung September lalu.


SHARAPOVA memulakan latihan di Melbourne & mempunyai peluang menyertai kejohanan Terbuka Australia, dimana MARIA pernah memenanginya pada tahun 2008, kejohanan tersebut akan bermula pada 16 Januari 2012 ini di Melbourne. Kali terakhir MARIA bermain iaitu pada WTA Championship pada penhujung Oktober yang menyaksikan beliau tarik diri selepas match kedua.
sumber : TENNIS.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...