Wednesday 11 January 2012

Ereksi Petunjuk Kesihatan

Saluran darah @ arteri pada zakar mempunyai kaitan yang dekat dengan tahap ereksi. Ereksi @ ketegangan pada zakar akan berlaku jika darah yang amat mencukupi memasuki ruangan zakar, petikan kata2 oleh Perunding Urologi, Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik.


Zakar akan menegang & membesar apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin dipenuhi dengan darah. Pembentukan plak & lemak disebabkan oleh pertambahan kolesterol dalam tubuh badan boleh menyebabkan saluran darah tersekat.

Jika anda belum tahu, disebabkan saluran darah zakar lebih kecil berbanding saluran pada bahagian tubuh yang lain, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi. Tambahan lagi, sekatan yang berlaku tersebut kepada aliran darah ke zakar akan menyebabkan masalah mati pucuk...!!

**.....sambungannya pada entry akan datang ok, selamat membaca...
sumber : KOSMO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...