Monday 11 June 2012

Maria Sharapova, JUARA ROLAND GARROS..!


PERMAINAN & TEKNIK YANG PENUH BERGAYA...! kata2 tersebut amat tepat untuk digambarkan kepada juara baru Terbuka Perancis 2012, Maria Sharapova apabila beliau telah memenangi kejohanan terbesar tersebut selepas membelasah pemain Itali, Sara Errani dengan keputusan 6-3 6-2.


Bukan sahaja memiliki tubuh yang tinggi lampai, pakar dalam bidang fesyen, antara atlet paling jelita dalam dunia tenis, atlet wanita paling kaya & dibayar paling tinggi dalam dunia, Maria telah membuktikan bahawa semua kelebihan tersebut mestilah seiring dengan bidang yang dibawanya. Pada aksi final tersebut, Maria mendominasi majoriti perlawanan tetapi ada kalanya melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.



Secara tidak langsung, Maria sekarang telah melengkapkan keempat2 kejuaraan utama GRAND SLAM iaitu pada sebelum ini telah memenangi Wimbledon 2004, Terbuka Amerika 2006, Terbuka Australia 2008 & kini telah memiliki Terbuka Perancis pada tahun 2012. Maria juga individu ke-10 dalam dunia tenis yang berjaya melengkapkan keempat2 kejuaraan tersebut selepas Maureen Connolly, Doris Hart, Shirley Fry Irvin, Billie Jean King, Margaret Court, Chris Evert, Martina Navratilova, Steffi Graf and Serena Williams yang berjaya melakukannya.


bersama 'orang kuat' MARIA SHARAPOVA yang banyak membantunya.



Dalam kedudukan yang telah dikeluarkan hari ini, Maria telah diumumkan & diletakkan pada ranking tertinggi iaitu NO.1 dunia apabila mempunyai nilai mata sebanyak 9490 meninggalkan 700 mata kepada bekas pemain NO.1 dunia, Victoria Azarenka. TAHNIAH sekali lagi diucapkan kepada MARIA SHARAPOVA...!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...