Maria Sharapova menempah tiket ke
separuh akhir Terbuka Perancis buat kali ketiga, semalam apabila menewaskan
pemain Estonia, Kaia Kanepi 6-2, 6-3 untuk selangkah lagi menghampiri impian
memenangi semua empat gelaran Grand Slam dalam kariernya.
Pemain nombor dua dunia dari Russia itu
yang turut layak ke separuh akhir pada 2007 dan 2011, akan bertembung juara
Wimbledon, Petra Kvitova yang mengalahkan Yaroslava Shvedova dari Kazakhstan
3-6, 6-2, 6-4 untuk mengintai tempat ke final Sabtu ini.
“Saya memenangi dua kejohanan menjelang
kejohanan di Paris iaitu di Stuttgart dan Rome dan ia memberikan saya
keyakinan. Tapi, setiap kejohanan berbeza. Saya gembira untuk meningkat dan
saya tahu ia pasti sukar selepas ini.” - AFP
No comments:
Post a Comment