Jean Paul Gaultier telah melancarkan
haruman buat sang jejaka yang diberi nama LE BEAU MALE dimana ia mula
dipasarkan sekitar Mac 2013 yang lalu. DL tertarik dengan nota-nota yang hadir
dalam haruman tersebut. Apa yang menarik dalam haruman ini adalah satu gabungan
permainan yang unik dengan sentuhan nota ‘hangat’ dan ‘ice-cold’. Haruman
terbaru ini tercetus bagi member ilham dan cetusan daya unggul kepada jejaka. Haruman
kesegaran akan membuatkan jejaka tersebut ‘hangat’ dengan pembawakan diri
mereka selain garapan ‘godaan’ dan kuasa pada nota haruman ini.
Top Note : Wormwood, Mint
Middle Note : Lavender, Orange
Blossom, Sage
Base Note : Musk
DOMINASI LELAKI : kepada jejaka yang
sedang mencari haruman yang fresh iaitu bau segar dan cool akan tetapi pada
masa yang sama mahu menampilkan element penuh ‘ghairah’ dan ‘seksi’, LE BEAU
MALE JEAN PAUL GAULTIER adalah pilihan yang tepat!
No comments:
Post a Comment