Belumpun menjengah OGOS,akan tetapi
majalah yang menjadi kesayangan ramai GLAM LELAKI dan MASKULIN sudah ‘dilayangkan’
kepada para pembaca yang budiman sekaligus memberi senyuman yang lebar kepada
pembaca yang setia menanti keluaran unggul dan terbaru dari pesona naskah
lelaki yang sangat popular jejaka di Malaysia ini.
Mempertaruhkan NICHOLAS SAPUTRA
sebagai jejaka sampul pada helaian muka depan GLAM LELAKI dan pelakon,
pengacara tv dan ahli perniagaan, FIZO OMAR pada majalah MASKULIN adalah
pilihan yang tepat. Selain bereksperimen dan mencari kelainan serta ‘membawa’
kembali NICHOLAS yang ‘sepi’ lewat ini, terlalu banyak yang mahu dikongsikan
oleh beliau tatkala menjadi penghias muka depan GLAM LELAKI dengan olahan
PENGEMBARA TEGAR NICHOLAS SAPUTRA sebagai tajuk unggul. FIZO yang menghias
MASKULIN tampak santai dengan dominasi warna hijau semulajadi sebagai taruhan
tema tersebut.
DOMINASI LELAKI : kepada yang belum
mendapatkannya sebagai koleksi dan bahan bacaan anda, ayuh dapatkan GLAM LELAKI
dan MASKULIN sebagai pilihan anda bulan ini..!
No comments:
Post a Comment