Tuesday 22 April 2014

AMER RAMLY ke Mister Teen South East Asia 2014




Jika artikel sebelum ini, pihak Dominasi Lelaki telah berpeluang menebual salah seorang peserta bagi Mister/Miss Teen South East Asia, Ahmad Haniff. Kini kami telah mendapatkan rakan seangkatannya, Amer Ramly yang turut menjadi wakil Malaysia ke pertandingan tersebut yang bakal diadakan di Singapore  Orchid Country Club di Singapura  sekitar 6 & 7 Jun 2014 ini.

Mesra disapa Amer, beliau yang kini berumur 19 tahun yang juga salah seorang pelajar dari City University College of Science and Technology ini dalam persediaan yang rapi menjelang pertandingan tersebut. Beliau kini bergiat aktif menyiapkan diri seperti berlatih  dari segi persembahan seperti catwalk, pakaian dan public speaking .

wakil Malaysia ke Mister/Miss Teen South East Asia
Tatkala ditanya perasaan beliau apabila menjadi wakil negara Malaysia ke pertandingan ini, dengan santai beliau membalas “Sudah tentu sedikit gementar tetapi pada masa yang sama agak teruja. Lebih-lebih lagi kami semua akan bertanding dengan negara-negara yang kita sedia maklum cukup kuat dalam bidang male pageant seperti Thailand. Namun atas semangat ingin memajukan diri sendiri dan membawa nama Malaysia membuatkan saya bangga dan tidak sabar untuk menyertainya”.
 
Ahmad Haniff
Beliau juga berharap akan mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman yang berguna dalam pertandingan ini sekaligus dapat membantunya pergi lebih jauh dalam bidang yang diceburinya. “Saya akui banyak cabaran yang akan ditempuhi, tetapi diatas sokongan keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu serta  semua yang banyak menyokong, saya menjadi lebih yakin”, katanya dengan  penuh semangat. Semangat seperti inilah yang ingin kita lihat daripada wakil-wakl negara tatkala mewakili Malaysia.
 
Farhan Lokman 
Selamat Maju jaya kepada kalian, semoga dapat buat yang terbaik di Singapura.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...