Tuesday 14 October 2014

FEE HAIQAL Wakili Malaysia ke Bali


GAMBAR : dari Fee Haiqal

Bentuk badan sempurna dan perwatakan yang menarik, tidak hairanlah jejaka muda kelahiran Johor ini yang mesra disapa Fee Haiqal dipilih bagi mewakili Malaysia ke pentas dunia, Mister Universal Ambassador 2015 yang bakal diadakan di Bali pada September 2015 kelak. Tampak manis lagi, anak kepada ratu Irama Malaysia tersohor negara, Noraniza Idris ini menjadi wakil sulung kepada pertandingan yang baru bermula edisinya pada 2015. Kami di Dominasi Lelaki sempat mendapatkan Fee Haiqal atau nama sebenarnya Mohd Alfeeq Haiqal bin Mohammad Fauzi untuk sesi interview bagi keluaran terbaru ini.

Ketika ditanya prihal persediaan menjelang Mr Universal Ambassador, jejaka berusia 21 tahun ini punyai jawapan sendiri, “Persiapan terkini is more on toning muscle, fix on my talent punya slot dengan gain more endurance for sport punya slot. Tidur selama 8 jam sehari amat penting, eat clean and in shaa Allah semua berjalan  dengan lancar”, tuturnya pembuka bicara. Jika ada sesetengah pengikut pageant di Malaysia mesti akan perasan bahawa Fee Haiqal pernah menjadi wakil negeri bagi Mister Planet Malaysia 2014 dimana Eizaaz Farez diumumkan menjadi juara sekaligus mewakili Malaysia pada edisi tahun ini. Walaupun nasib tidak menyebelahi jejaka tinggi lampai ini, beliau kini mampu tersenyum kerana impiannya untuk mewakili Malaysia tercapai jua.

“Perasaan bila terpilih sebenarnya tidak terkata juga sebab benda ini agak suprise. Organizer Malaysia call and inform i was selected to represent Malaysia in Bali! First thing on my head is to fix my physical yang mula jatuh akibat spine injury. Now getting better, focus on the next slot”, sambungnya.

Beliau juga berharap akan dapat mengharumkan nama Malaysia ke peringkat global bagi pageant dan berharap usahanya mendapat sambutan dan sokongan yang padu dari keluarga dan teman-teman.

TRIVIA : Setelah berakhirnya MPM2014, Fee Haiqal kini bergerak ke dunia modeling, mendapat tawaran emcee bagi beberapa majlis dan terkini adalah Akar Kita Zapin 2014 Seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...