Sunday 6 July 2014

Pertembungan Federer-Djokovic Final Wimbledon 2014

KREDIT : PAGE WIMBLEDON

Kejohanan tenis Wimbledon 2014 kini sudah sampai ke kemuncak apabila semalam menyaksikan perlawanan separuh akhir perseorang lelaki diantara 4 pemain terbaik, Novak Djokovic bertemu dengan pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov pada aksi separuh akhir pertama, manakala separuh akhir kedua menyaksikan nama gah dalam dunia tenis, Roger Federer bertemu dengan pemain Kanada, Milos Raonic.
KREDIT : PAGE WIMBLEDON
Tepati ramalan ramai apabila aksi kelmarin telah menyaksikan bintang ternama dan selaku pilihan pertama, Novak Djokovic melangkah ke final selepas menewaskan pemain Bulgaria dan juga teman lelaki kepada bintang tenis wanita, Maria Sharapova dengan keputusan yang sangat sengit 6/4 3/6 7/6 7/6 manakala Roger Federer mara ke perlawanan akhir ke-9 dalam Wimbledon akhir dengab menewaskan pemain Kanada yang meningkat dengan cemerlang, Milos Raonic dengan keputusan 6/4 6/4 6/4 sekaligus menempatkan diri di final Wimbledon dan bakal bertemu dengan Novak Djokovic.
KREDIT : PAGE WIMBLEDON
Ini adalah pertemuan ke-34 mereka dan menyaksikan kemenangan berpihak kepada Federer dengan 18-16. Dalam pertemuan perseorang wanita akhir menyaksikan pemain Republik Czech, Petra Kvitova menang selesa ke atas pemain meningkat naik, Eugenie Bouchard dengan keputusan 6/3 6/0 semalam. Ini adalah Grand Slam kedua bagi Kvitova.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...