Saturday 12 July 2014

"Akulah..AFIZI ROSLEE"



“Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dipilih oleh kalian menjadi JEJAKA PILIHAN DOMINASI LELAKI. Terima kasih kepada DOMINASI LELAKI atas kesudian mengabdikan kisah hidup dan kerjaya saya sebagai penghargaan yang akan saya gunakan dengan sebaik mungkin sepanjang tempoh 6 bulan bermula Jun 2014".

"Akulah, AFIZI ROSLEE..! YA, inilah diriku. Alhamdulillah kerana diberi penghargaan untuk berkongsi serba sedikit serta aktiviti terkini melalui artikel ini. Saya, Anak bongsu daripada 4 adik beradik (2 lelaki dan 2 perempuan) ini berasal daripada keluarga yang sederhana dari Tuaran, Sabah. Saya sangat pentingkan keluarga, utamakan keluarga dan sememangnya nasihat serta tunjuk ajar dari abah dan emak dijadikan ikutan sehingga menjadi siapa diri saya sekarang. Saya akui, saya merupakan anak emak, tapi kan takdalah manja sangat, sikit-sikit je. Hehhee.  Sedari dulu apa yang saya hajatkan, mesti dapat. Macam biasa la, adik beradik yang lain mesti jeles  hahahha. Namun, tu tidak menjadikan saya seorang yang nakal atau melawan atau naik kepala. Malah itu menjadi dorongan kepada saya untuk buktikan kepada adik beradik serta ibu bapa saya untuk berjaya kelak dan membalas budi dan jasa baik mereka. Abah dan emak sudah tak berkerja, jadi saya merupakan tulang utama untuk mereka kini memandangkan kakak dan abang sudah berumahtangga".

"Tidak menjadi halangan bagi saya walaupun tinggal berjauhan dari mereka iaitu di kota penuh cabaran ini, KL, kerana doa dan dorongan mereka yang sentiasa ada untuk saya, saya masih teguh berdiri. In shaa Allah, saya akan buatkan ibu bapa senang terlebih dahulu baru memikirkan hal berumahtangga".
 
Diangkat menjadi Juara Jejaka Pilihan Dominasi Lelaki
"Bagaimana saya bermula? Saya mendapat pendidikan dari SMK Badin Tuaran dan berjaya melanjutkan pelajaran di UiTM Sabah dalam Diploma Pentadbiran Awam, hanya separuh jalan apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam Pentadbiran Korporat di UiTM Shah Alam, lalu membuat keputusan dan nekad untuk berkerja dahulu. Prinsip saya mudah, study bila-bila masa boleh tetapi peluang untuk mendapat pekerjaan adalah tinggi saingannya dan bukannya mudah. Alhamdulillah, tahun 2011 akhirnya saya berjaya mendapatkannya atas doa dan berkat restu kedua ibu bapa saya. Kini saya seorang Penolong Pegawai Hasil di salah satu jabatan di Malaysia, iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. In shaa Allah, semuanya tidak habis disini, sudah tentu impian untuk mencapai pendidikan tertinggi masih kuat, saya berusaha dan doakan saya dalam masa terdekat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.”

Salam rindu,
 Afizi

Info Afizi Roslee – memiliki ketinggian 183cm dan pernah memenangi Pencarian Lelaki LISA 2013 dan Naib Johan bagi Mister Borneo 2011.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...