Saturday 5 July 2014

SITI NURHALIZA Tetap Menjadi Pilihan

kredit : WEBSITE JELITA
Nama figura negara, Siti Nurhaliza sebagai penghibur serta perhatian lensa kamera tidak perna goyah meskipun sudah melepasi 15 tahun dalam industri tanah air. Beliau bukan sahaja masih diterima dan masih utuh sebagai penyanyi NO.1 negara, bahkan beliau semakin aktif dan mendapat perhatian kini.

kredit : page URTV
kredit : page JELITA
Seperti tahun-tahun yang lalu, wajahnya acap kali tampil di muka depan beberapa majalah terkemuka Malaysia, bahka tahun 2014 tidak terkecuali buat dirinya apabila beliau menjadi pilihan beberapa majalah untuk tampil penuh bergaya bagi edisi khas menjelang Ramadan dan Syawal 2014. Terbaru, selain tampil mengenakan busana rona merah jambu pada keluaran URTV terbaru, penyanyi yang baru sahaja tampil dengan album POP terbaru berjudul FRAGMEN ini juga muncul dalam keluaran edisi khas yang pertama dalam penerbitan Mingguan Wanita iaitu satu set khas yang dikeluarkan oleh jenama majalah tersebut bagi edisi Aidilfitri yang sangat istimewa. Selain itu juga, beliau turut tampil pada halaman muka depan bagi majalah JELITA bagi edisi Julai dan Aidilfitri ini.

kredit : page MW
Hal ini sekaligus menamakan Siti masih utuh dan menjadi pilihan tatkala musim-musim tumpuan dan sukar digugat. Bagi edisi khas Mingguan Wanita tersebut, kepada yang berminat boleh dapatkannya dipasaran dengan harga RM25.90, satu box istimewa dengan pelbagai hadiah istimewa termasuk produk daripada Ariani.


Dalam perkembangan lain, Siti yang baru mengeluarkan produk terbaru, sebuah album yang berjudul FRAGMEN dilihat mendapat feedback yang sangat bagus daripada peminat dan pemerhati dunia muzik. Album yang mengandungi 9 buah lagu ini adalah album studio ke-16 beliau dan mastering diadakan di New York. Antara lagu yang terkandung dalam album ini seperti Jaga Dia Untukku, Lebih Indah, Membunuh Benci, AKU dan banyak lagi. Ini adalah kerjasama bersama antara syarikat beliau, Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music. Album tersebut boleh didapati di pasaran dengan harga RM36.90.

kredit : WEBSITE JELITA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...