Thursday 9 October 2014

NADAL Terkandas di Masters Shanghai 2014


KREDIT : ZIMBIO.COM

Hasrat bekas pemain no.1 dunia, Rafael Nadal untuk terus mara dalam kejohanan Rolex Masters Shanghai 2014 tidak kesampaian apabila dikejutkan oleh pemain senegara, Feliciano Lopez dengan straight-set 6-3 7-6 dalam aksi pusingan kedua semalam. Turut kecundang pada pusingan kedua adalah pemain pilihan ke-10, Grigor Dimitrov yang tewas kepada Benneteau manakala pemain Kanada, Milos Raonic menarik diri. 2 pemain pilihan, Roger Federer dan Novak Djokovic masing-masing mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan lawan masing-masing. Federer menundukkan Mayer 7-5 3-6 7-6, manakala Djokovic menewaskan Thiem 6-3 6-4.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...